Thursday, May 29, 2014

DJ week 12

Pada minggu ini pula, setiap krew produksi disuruh untuk menyunting filem dengan lebih mantap kerana ada panel luar yang akan hadir untuk mengkritik hasil kerja yang telah dihasilkan. Para pengarah filem akan dinilai oleh pensyarah luar iaitu pensyarah dari UPM, Ariff bersama 3 krew produksi yang lain telah bekerjasama untuk menayangkan hasil kerja dan menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh panel tersebut. Seperti biasa, Ariff dapat mengendalikan sesi itu dengan baik sekali.

Dj Week 3

Pada minggu ini, discussion tentang short film kami iaitu Zahirah telah ditayangkan. Malangnya pada masa ini, saya tiada di UM kerana wajib menghadiri lawatan tapak di Terengganu selama 10 hari. Setelah pulang dari lawatan tapak, saya telah berbincang dengan saudara Ariff dan saya telah diberi tanggungjawab untuk menjadi cameraman untuk sesi penggambaran nanti. Saya berharap untuk memberikan yang terbaik sepanjang sesi penggambaran tersebut.

DJ Week 8

Pada minggu ini, kami menjalankan final shoot kami iaitu short filem zahirah di Janda Baik. Ini merupakan pengalaman pertama saya berada di set pengambaran filem. Saya berasa amat teruja kerana ini merupakan sesuatu yang baru bagi saya.

scene terakhir filem pendek Zahirah.


Kali ini, saya dapat mengasah bakat saya menggunakkan kamera yang mampu menghasilkan video berkualiti tinggi. Saya berasa amat puas walaupun pada minggu ini saya dibebani dengan kerja di fakulti. Seluruh krew produksi juga banyak membantu saya terutamanya saudara Syazwan dan juga Arif.

DJ week 9

Minggu ini agak mengejutkan kerana Dr Azalan menghendaki kami untuk menerangkan semula kuliah yang telah diajar. Saya juga mempunyai masalah untuk menerangkan semula slides yang telah ditayangkan. Ini menunjukkan bahawa banyak lagi yang perlu saya pelajari di dalam kelas ini. Namum, Dr Azalan tidak pernah putus asa untuk membimbing kami. Oleh itu, saya berharap selepas ini sayang boleh menyertai kelas Dr Azalan lagi untuk memperkuatkan ilmu saya didalam subjek media ini yang sememangnya menjadi minat saya sejak di bangku sekolah lagi.

DJ Week 11

Pada minggu ini diadakan evaluation week, yang diwakili oleh ketua kumpulan short film zahirah, iaitu Ariff. Aspek evaluation adalah seperti berikut,

1. Narration (story, dramatic appeal, 3 act structure)
2. Sound (music, dialogue, silence, narrator, sound effects)
3. Shot (focus, frame, angle, movement, space, sets, light, color)
4. Editing (order, cuts, duration, rhythm, continuity, montage).

Dan Ariff telah berjaya mendapatkan markah yang agak baik dan saya menyanjung Arif sebagai pengarah yang berbakat dan tahu tentang apa yang ingin dicapainya.

Public Screening NIght

Setelah 14 minggu di kelas ini, ia ditamatkan dengan malam Public Screening yang dipengerusikan oleh saya. Walaupun saya akui, saya agak kekok kerana saya kurang berpengalaman dalam ini, saya bersyukur kerana saya telah mendapat pengalaman baru yang sangat berharga.
Screening dimulakan pada pukul 9 malam dan semuanya berjalan lancar, kesemua hasil pelajar dapat ditayangkan dan sesi bertukar hadiah dan jamuan juga berjalan lancar. Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr dan juga biro-biro yang terlibat di dalam usaha menjalankan acara ini terutamanya biro teknikal, biro makanan, biro tatacara dan juga biro-biro lain yang banyak menyumbang. Sekian.

Wednesday, May 28, 2014

DJ week 10

Pada minggu ke-10, kami perlu menghasilkan satu sinopsis dan perlu dibacakan kepada Dr dan rakan-rakan. Dan saya akui, pitching session ini betul-betul menguji kapasiti dan kreativiti otak saya. Dengan ini saya sertakan sinopsis untuk pitching session pada minggu ke-10.

Kunci


Kisah ini menceritakan tentang seorang budak lelaki Ramli yang suka melepak sehingga lewat pagi sehingga tertinggal kunci biliknya di dalam kereta kawannya.
Oleh itu, dia mempunyai masalah untuk memasuki biliknya dan menyebabkan Ramli panik kerana dia perlu menduduki ujian dikelasnya pada pagi itu.
Akhirnya, Ramli berjaya kekelas dengan menaiki bas tetapi malangnya, kelasnya sudah kosong dan Ramli pulang hampa ke biliknya dan menyedari pintu biliknya tidak berkunci dan rupa-rupanya, rakan sebiliknya ada di biliknya sejak pagi lagi.