Sunday, May 25, 2014

DJ Week 7

Pada kuliah minggu ini, saya telah belajar untuk membikin filem dengan lebih bagus dengan menggunakan konsep '3 Act Structure'. Gambar dibawah menunjukkan macam mana urutan '3 Act Structure ini' yang dimulakan dengan 'Act one' iaitu 'set up' ataupun permulaan. Manakala yang kedua pulah adalah 'Act two' (confrontation) dan 'Act three' (resolution). Isi kandungan kuliah pada minggu ini banyak mengajar saya secara lebih mendalam tentang cara untuk membuat filem secara lebih profesional, bukan sekadar spontan atau pun tangkap muat sahaja.
Pada perjumpaan produksi minggu ini, sesi penayangan hasil 'rehearsal shooting' diteruskan dan 'feedback' dari para pelajar telah dapat dikutip.

Thursday, May 22, 2014

Dj Week 6

Pada minggu ini, kami belajar tentang bagaimana hendak menjadi seseorang Pengarah Filem yang berjaya. Maka dengan itu, kami didedahkan dengan Principles of Directing yang menerangkan tentang cara untuk menjadi seorang pengarah filem yang berjaya, dimana kami perlu untuk menghadiri sekolah filem, banyakkan menonton filem-filem dan membesarkan 'Networking' kami. Seterusnya kami diajar tentang bagaimana untuk menghasilkan sebuat filem pendek yang bagus.

Pada 'production meeting' pada minggu ini, kami menayangkan hasil 'rehearsal shooting' kami iaitu filem pendek zahirah kepada para pelajar yang lain dan seterusnya sesi Q&A dan 'critics' telah dijalankan. Banyak input-input berguna yang telah kami dapatkan melalui 'feedback' para pelajar yang lain.

Never Been Kissed Review

“All of you people, there is a big world out there... bigger than prom, bigger than high school and it won't matter if you were the prom queen, the quarterback of the football team, or the biggest nerd in school. Find out who you are and try not to be afraid of it.”
Bagi pendapat saya, Josie ingin rakan-rakan sekolahnya sedar bahawa ada dunia yang lebih besar di luar sana, dia menyeru supaya para-para pelajar mencari identiti masing-masing dan tidak takut untuk mengetengahkannya kerana dunia mereka bukan hanya sekadar di zaman sekolah sahaja. Josie berpesan begitu kerana semasa dia di zaman persekolahan, ia merupakan suatu mimpi ngeri bagi beliau dan dia tidak mahu sejarah itu berulang kepada beliau mahupun para-para pelajar tersebut.

Tuesday, May 20, 2014

Kill Bill (Vol 2) Review

Filem Kill Bill Vol. 2 adalah sekuel daripada filem Kill Bill Vol. 1 yang dinanti nantikan oleh saya. Di dalam cerita ini, soalan-soalan yang tidak terjawab di dalam Vol. 1 sudah terjawab.
Keunikan pengeditan filem ini juga telah meningkatkan mutu filem ini melalui gabungan beberapa cara editan yang berbeza seperti 'split screen' dan 'jump cuts' yang amat susah untuk dihasilkan dengan sempurna. Sebagai contoh, semasa The Bride menumbuk kayu dalam sesi latihannya, penggunaan jump cuts dan split screens yang sempurna membuatkan penonton merasakan seolah-olah ianya adalah shot yang berterusan walaupun sudut shot yang berbeza-beza digunakan.

Sinematografi dalam filem ini dilihat sangat cantik dan kemas dengan sentuhan warna-warna terang. Gaya sinematografi seperti ini berjaya menonjolkan rasa jangkaan dan makna tersirat dalam setiap adegan yang cuba disampaikan. Penyuntingan di Kill Bill sememangnya indah seperti yang kita lihat beberapa gaya editing yang berbeza yang digunakan, seperti penggunaan skrin perpecahan dan luka melompat yang seolah-olah menarik anda ke dalam setiap kejadian dan hanya membuat watak itu dan melompat cerita di luar daripada skrin dengan cara banyak filem tidak boleh disentuh. Dengan satu pukulan tunggal dipukul dan marah muka pengantin perempuan pada awal filem, Tarantino hanya memberitahu anda kisah dan semua yang anda perlu tahu tentang sifat dan filem tanpa Pengantin bercakap perkataan .

The Chorus (2004) Review

The Chorus adalah sebuah filem yang dihasilkan pada tahun 2004 dan diarahkan oleh Christophe Barratier. Filem yang juga dikenali sebagai Les Choristes ini berkisar tentang kehidupan para pelajar yang bermasalah di sebuah sekolah asrama penuh lelaki iaitu Fond de L'Etang di Perancis.Diketuai oleh seorang pengetua yang ego dan berdisiplin, penerimaan para pelajar akan cara yang diketengahkan adalah kurang memberansangkan. Kehadiran seorang guru baru, M. Clement di sekolah tersebut ternyata telah membawa perubahan yang amat besar terhadap kehidupan para pelajar tersebut.


Secara keseluruhannya, filem ini membawa inspirasi yang cukup besar kepada kita semua terutamanya para guru supaya tidak mudah mengalah dalam membawa perubahan kepada anak didik dan yang paling penting sekali adalah pendekatan yang betul haruslah digunakan.

Sunday, May 18, 2014

Screening Night 2014

Pada hari Jumaat, bersamaan 16 haribulan Mei 2014, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial telah menganjurkan 'screening night' yang bertempat di Hotel Armada Petaling Jaya. Secara amnya, saya berasa kagum kerana majlis tersebut berjalan dengam lancar. Antara program yang dijalankan disana adalah tanyangan dokumentari, filem pendek, berita dan pesanan khidmat masyarakat. Filem Zahirah yang diarah oleh Arif juga ditayangkan. Saya berasa amat berbangga kerana berada di dalam kumpulan produksi filem tersebut. Tambahan pula, filem tersebut telah memenangi anugerah. Saya berharap selepas ini saya dapat terus bersama dengan krew jabatan media untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik. Sekian.
Gambar bersama senior fakulti alam bina dan jabatan media dan Dr. Azalanshah

Saturday, April 26, 2014

Review Super 8 -

Berdasarkan three act structure, pada act 1, para pelakon diperkenalkan seperti watak utama iaitu Joe Lamb yang baru sahaja kematian ibunya, ingin membantu charles, sahabatnya untuk membuat sebuah filem. Pada act 2, adalah fasa kenaikan hingga ke klimaks dimana berlaku sebuah kemalangan kereta api yang membawa alatan-alatan yang dipercayai milik makhluk asing, dan satu bandar mereka dalam kawalan askar kerana serangan makhluk asing tersebut. Pada act 3 iaitu fasa penghujung dimana Joe telah menjumpai tempat persembunyian makhluk asing tersebut dan menyelamatkan kawannya. Dan seterusnya, terjumpa dengan makhluk asing tersebut dan akhirnya dia berkomunikasi dengan makhkuk asing tersebut dan akhirnya makhkuk asing itu pulang secara aman.