Tuesday, May 20, 2014

The Chorus (2004) Review

The Chorus adalah sebuah filem yang dihasilkan pada tahun 2004 dan diarahkan oleh Christophe Barratier. Filem yang juga dikenali sebagai Les Choristes ini berkisar tentang kehidupan para pelajar yang bermasalah di sebuah sekolah asrama penuh lelaki iaitu Fond de L'Etang di Perancis.Diketuai oleh seorang pengetua yang ego dan berdisiplin, penerimaan para pelajar akan cara yang diketengahkan adalah kurang memberansangkan. Kehadiran seorang guru baru, M. Clement di sekolah tersebut ternyata telah membawa perubahan yang amat besar terhadap kehidupan para pelajar tersebut.


Secara keseluruhannya, filem ini membawa inspirasi yang cukup besar kepada kita semua terutamanya para guru supaya tidak mudah mengalah dalam membawa perubahan kepada anak didik dan yang paling penting sekali adalah pendekatan yang betul haruslah digunakan.

No comments:

Post a Comment