Sunday, May 25, 2014

DJ Week 7

Pada kuliah minggu ini, saya telah belajar untuk membikin filem dengan lebih bagus dengan menggunakan konsep '3 Act Structure'. Gambar dibawah menunjukkan macam mana urutan '3 Act Structure ini' yang dimulakan dengan 'Act one' iaitu 'set up' ataupun permulaan. Manakala yang kedua pulah adalah 'Act two' (confrontation) dan 'Act three' (resolution). Isi kandungan kuliah pada minggu ini banyak mengajar saya secara lebih mendalam tentang cara untuk membuat filem secara lebih profesional, bukan sekadar spontan atau pun tangkap muat sahaja.
Pada perjumpaan produksi minggu ini, sesi penayangan hasil 'rehearsal shooting' diteruskan dan 'feedback' dari para pelajar telah dapat dikutip.

No comments:

Post a Comment