Saturday, April 12, 2014

Dj Week 4

Pada minggu ini, kami dibahagikan tugas untuk rehearsal shooting dan saya telah terpilih untuk menjadi jurukamera. Sebelum ini, saya belum ada pengalaman untuk menggunakan perakam video yang besar itu. Saya hanya biasa merakam menggunakan DSLR sahaja. Jadi, ini adalah pengalaman baru bagi saya.

Kuliah untuk kali ini adalah lebih kepada pengurusan kewangan untuk sesebuah produksi. Ini merupakan aspek yang paling penting di dalam proses pembikinan filem. Hal ini kerana, jika pengurusan kewangan tidak dilakukan dengan baik dan teratur ia akan memberi implikasi yang buruk kepada penghasilan filem. Sebagai pengurusan kewangan yang baik, kita hendaklah membuat perancangan yang baik supaya bajet untuk pembuatan filem tidak tersasar daripada nilai yang telah ditetapkan. kebanyakan filem yang tidak dapat disiapkan adalah kerana pengurusan kewangan yang kurang memberangsangkan. Maka kerja-kerja pembikinan filem akan terganggu kerana kekurangan modal. Kami juga diberi pendedahan kepada agensi-agensi yang memberi suntikkan modal kepada pembikin baru filem untuk mengetengahkan idea-idea baru untuk menggalakkan lagi penghasilan filem dalam kalangan pembikin filem.

Pada production meeting pada malam khamis, pengarah kami telah memutuskan tempat untuk final shooting filem pendek dan bajet untuk kesana nanti. Filem pendek yang diberi nama Zahirah itu mengisahkan tentang seorang wanita yang menjadi kebanggaan emaknya, yang menyangka Zahirah ini adalah seorang anak perempuan yang baik. Tetapi sebaliknya...

No comments:

Post a Comment