Saturday, April 12, 2014

Review Dark Skies - Sci-fi meets Horror?

1) Sila rumuskan dalam satu perenggan tentang plot cerita The Dark Skies. Cerita ini mengisahkan tentang satu keluarga yang duduk di kawasan kampung dan cuba untuk menjalani kehidupan normal seperti keluarga-keluarga lain. Tetapi, disebabkan kedatangan makhluk asing yang dikenali sebagai "The Gray", hidup mereka menjadi kucar-kacir. Pelbagai perkara aneh telah berlaku di rumah mereka, seperti kedatang beratus-ratus ekor burung yang menyerang rumah mereka, mereka hilang kawalan terhadap diri masing-masing. Pada mulanya, mereka ingat bahawa anak mereka yang bongsu iaitu Sam yang akan diculik, sebaliknya, Jesse yang diculik. Kehilangan Jesse masih menjadi satu misteri.

2) Apakah kelainan filem ini dengan genre filem-filem sains fiksyen yang lain. Dark Skies pada asalnya persis sebuah filem yang bertemakan konsep "sci-fi" ataupun sains fiksyen kerana subjek yang digunakan dalam filem ini ialah alien. Namun, terdapat kelainan dalam filem ini kerana elemen seram turut dimasukkan membuatkan filem ini turut memmpunyai elemen 'horror'. Banyak unsur-unsur mengejut dan rupa alien itu juga berbeza daripada alien-alien lain di filem yang biasa ditonton seperti filem E.T.

3) Ceritakan secara ringkas tentang latar belakang dan props yang ditampilkan dalam filem ini. Latar utama yang digunakan dalam filem ini ialah di sebuah rumah, termasuk persekitaran rumah tersebut yang didiami oleh pasagan suami isteri bersama dua orang anaknya. Penampilan kesan-kesan kemunculan alien dan babak suspen disampaikan dalam gaya separa seram tetapi tidak terlalu serius. Unsur-unsur seram dan komedi digabungkan dengan baik dalam menampilkan props untuk filem ini. Menurut Scott Stewart, "tidak ada yang lebih menyeronokkan daripada perlahan-lahan mengetatkan skru. Jadi, itulah pendekatan yang saya ambil dengan filem ini." (Stewart, 2013).

4) Senaraikan 7 jenis shot asas yang digunakan dalam filem ini. Sila freeze screen dan senaraikan gambar mengikut shot berserta keterangan.
ini adalah close-up atau extreme close-up shot, untuk menunjukkan expresi muka dengan lebih kuat.

Medium close-up - "Close-up" pada satu atau dua subjek. Subjek dirakam sehingga paras bahu atau dada hingga kepala

Medium shot - Subjek dirakam dari jarak yang boleh menampakkan bahagian sekitar pinggang ke atas. Posisi kamera boleh merakamkan keadaan di sekitar subjek.

Shot/reverse-angle shot - Shot ini biasanya digunakan dalam penyampaian dialog antara dua individu yang mana dua subjek (yang saling berinteraksi) dirakam dalam satu masa.

Medium long shot - Subjek dirakam dalam keadaan yang tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Seluruh tubuh subjek dirakam dalam shot ini.

Long shot - Subjek dirakam pada suatu sudut yang mana mereka dilihat bersama dengan keadaan sekeliling.

extreme long shot - dimana subjek kelihatan kecil saja dan memaparkan background dengan lebih luas

5) Sila kritik gaya penyuntingan yang digunakan dalam The Dark Skies. Gaya penyuntingan dalam filem ini dilakukan dengan mengggunakan pelbagai jenis gaya penyuntingan. Salah satu daripadanya ialah chronological editing yang mana ditampilkan pada penghujung filem sewaktu watak ibu cuba mengaitkan peristiwa yang pernah dialami oleh anak lelaki pertamanya. Gaya penyuntingan ini dapat membantu penonton untuk memahami punca kehilangan anaknya itu. Selain itu, terdapat juga penggunaan teknik green screen untuk beberapa babak di dalam filem ini untuk menjadikan filem ini lebih menarik.

No comments:

Post a Comment