Saturday, April 12, 2014

DJ Week 5

Kali ini saya mempelajari teori mengenai shot, cut dan editing filem . Shot adalah perkara yang melibatkan framing sesuatu scene dalam proses rakaman. Pengarah kebiasaannya akan menentukan jenis angle kamera yang patut diambil untuk mendapatkan shot yang baik. Cut pula adalah proses memotong scene dalam shot yang telah dirakam. Manakala editing pula adalah proses penyuntingan yang dibuat dalam fasa akhir post-production yang akan mengumpulkan kesemua shot yang diperoleh dalam bentuk video dengan tambahan efek sekiranya diperlukan.

Selepas selesai kuliah, kami ditayangkan dengan sebuah filem yang tidak asing bagi saya iaitu "The Lizzie McGuire Movie" dan lagunya masih lagi bermain-main di kepala saya.


Pada minggu ini juga, kami memulakan rehearsal shooting kami untuk short film "Zahirah". Semasa di sesi shooting ini, saya telah mendapat hands on experience bagaimana hendak menjadi pengarah dan cara mengambil shot dengan betul.

Cubaan saya untuk mengambil high-angle shot.


Cubaan untuk merakamkan scene minum teh di rumah Zahirah.

No comments:

Post a Comment