Saturday, April 26, 2014

The Lizzie McGuire Movie

Filem Lizzie Mcguire memmpunyai intro yang menarik kerana ia mengisahkan tentang impian seorang perempuan remaja yang ingin menjadi bintang popular. Cerita dimulakan tentang seorang remaja yang bernama Lizzie McGuire yang sedang menyanyi didalam bilik dan aksinya dirakam oleh adiknya, adengan yang memalukan itu telah dinaik turun ke internet dan telah disiarkan di siaran televisyen nasional. Kisah memalukan Lizzie tidak berhenti situ sahaja, dia telah merosakkan majlis graduasinya di didepan khalayak ramai. Tapi, apabila Lizzie pergi ke lawatan bersama rakan sekelasnya di Eropah, nasib malangnya berubah dimana dia berjumpa dengan seorang artis lelaki yang masyur disana, yang menyangkakan Lizzie ini adalah pasangan nyanyiannya. Malangnya, Lizzie sebenarnya dipergunakan sahaja, tetapi akhirnya, Lizzie dan penyanyi yang mirip mukanya berjaya membalas balik perbuatan jahat lelaki tersebut.

No comments:

Post a Comment