Sunday, March 23, 2014

The Sixth Sense

1. M. Night Shyamalan, "mastermind" bagi filem "The Sixth Sense", merupakan pengarah, penulis skrip dan pelakon untuk filem ini. Walaupun filem ini, dia juga adalah pengarah dan penerbit untuk banyak lagi filem yang terkenal, seperti "Praying With Anger" (1992), "Unbreakable" (2000), "The Village" (2004 "," The Last Airbender "(2010) dan yang terbaru "After Earth" (2013). Beliau adalah seorang penulis skrip India, pengarah dan penerbit terkenal dengan plot ghaib dan kebanyakannya lokasi penggambarannya diadakan di sekitar Philadelphia, di mana dia dibesarkan.



"The Sixth Sense" telah dicalonkan untuk enam Anugerah Akademi termasuk Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik.



2. Cerita ini bermula dengan watak utama Malcom Crowe,pakai psikologi kanak-kanak, dikunjungi oleh bekas pesakit beliau iaitu Vincent pada satu malam. Malam itu berakhir dengan tragedi. Hidup Malcom berubah dengan mendadak sejak peristiwa berdarah itu. Scene dipercepatkan ke waktu musim luruh seterusnya selepas kejadian itu dan di sinilah Malcolm bertemu dengan seorang kanak-kanak bernama Cole Sear (dilakonkan oleh Haley Joel Osment) dan cuba untuk merawatnya. Pada pengakhiran filem ini dapat dilihat bahawa Malcolm berjaya membantu Cole namun dia akhirnya sedar bahawa dia sebenarnya telah mati ketika ditembak pada permulaan cerita.



3. Filem The Sixth Sense ini tidak menonjolkan aksi-aksi seram dan mengerikan sebagaimana filem hantu lain. Filem ini menonjolkan kemampuan seorang kanak-kanak yang boleh berinteraksi dengan roh daripada alam yang berbeza. Interaksi antara kanak-kanak dan roh tersebut menunjukkan kewujudan makhluk lain yang memerlukan bantuan daripada manusia biasa untuk merealisasikan kehendak mereka. Dalam masa yang sama, rawatan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut bersama seorang pakar psikologi kanak-kanak sebenarnya mempunyai motif tersendiri. Rahsia tentang identiti sebenar pakar psikologi dan motif pertemuannya dengan kanak-kanak tersebut hanya dikupas di penghujung cerita.

Babak-babak yang menemukan kanak-kanak itu dengan roh-roh disampaikan dengan cara berbeza. Roh-roh tidak ditonjolkan dalam bentuk hantu yang menakutkan. Bahkan, roh-roh dipersembahkan dengan jelmaan manusia biasa yang mempunyai kecederaan sama seperti sewaktu kematian mereka. Roh tersebut berinteraksi secara baik dengan kanak-kanak itu untuk meminta pertolongan dan ada yang hanya mahu menceritkan kisah mereka.



4. Watak utama filem ini dimainkan oleh Bruce Willis sebagai Dr. Malcolm Crowe yang merupakan psikologist kanak-kanak. Dia yang gagal mengubati Donnie Wahlberg sebagai Vincent Grey pada masa lalu cuba untuk membantu Haley Joel Osment sebagai Cole Sear bagi menebus kesalahannya itu kerana simptom penyakit mereka mempunyai persamaan. Plot dalam filem bergantung penuh kepada kepada kedua-dua watak ini, Malcolm dan Cole bagi memberitahu penonton tentang perasaan takut yang dialami oleh Cole dan kesungguhan Malcolm untuk membantu mengatasi masalahnya. Di samping itu, mereka juga perlu memperbaiki hubungan Cole antara ibu-anak serta Malcom antara suami-isteri.

5. Pada pendapat saya, apabila adanya konsep 'plot twist' ini, ia telah memberi satu maksud kepada penonton bahawa filem ini bukanlah dihasilkan begitu sahaja namun ada disebalik tentang mengapa doktor psikolgi merasakan dia harus membantu kanak-kanak tersebut. Dengan adanya konsep 'plot twist' filem ini dapat mengejutkan penonton yang kemungkinan mengagak bahawa Malcolm hidup meskipun ditembak namun sebenarnya dia telah mati. Untuk menghasilkan sebuat filem yang menerapkan konsep 'plot twist' bukanlah mudah namun ia dapat menarik minat penonton untuk menontonnya berulang kali. Sejujurnya, saya pun tidak dapat menyangkakan penamat filem ini seperti itu. Apa yang dapat saya katakan bagi filem ini, The Sixth Sense adalah salah sebuah filem yang menarik dan saya sentiasa ternanti-nanti apakah kesudahannya.

No comments:

Post a Comment