Saturday, April 12, 2014

Review Dark Skies - Sci-fi meets Horror?

1) Sila rumuskan dalam satu perenggan tentang plot cerita The Dark Skies. Cerita ini mengisahkan tentang satu keluarga yang duduk di kawasan kampung dan cuba untuk menjalani kehidupan normal seperti keluarga-keluarga lain. Tetapi, disebabkan kedatangan makhluk asing yang dikenali sebagai "The Gray", hidup mereka menjadi kucar-kacir. Pelbagai perkara aneh telah berlaku di rumah mereka, seperti kedatang beratus-ratus ekor burung yang menyerang rumah mereka, mereka hilang kawalan terhadap diri masing-masing. Pada mulanya, mereka ingat bahawa anak mereka yang bongsu iaitu Sam yang akan diculik, sebaliknya, Jesse yang diculik. Kehilangan Jesse masih menjadi satu misteri.

2) Apakah kelainan filem ini dengan genre filem-filem sains fiksyen yang lain. Dark Skies pada asalnya persis sebuah filem yang bertemakan konsep "sci-fi" ataupun sains fiksyen kerana subjek yang digunakan dalam filem ini ialah alien. Namun, terdapat kelainan dalam filem ini kerana elemen seram turut dimasukkan membuatkan filem ini turut memmpunyai elemen 'horror'. Banyak unsur-unsur mengejut dan rupa alien itu juga berbeza daripada alien-alien lain di filem yang biasa ditonton seperti filem E.T.

3) Ceritakan secara ringkas tentang latar belakang dan props yang ditampilkan dalam filem ini. Latar utama yang digunakan dalam filem ini ialah di sebuah rumah, termasuk persekitaran rumah tersebut yang didiami oleh pasagan suami isteri bersama dua orang anaknya. Penampilan kesan-kesan kemunculan alien dan babak suspen disampaikan dalam gaya separa seram tetapi tidak terlalu serius. Unsur-unsur seram dan komedi digabungkan dengan baik dalam menampilkan props untuk filem ini. Menurut Scott Stewart, "tidak ada yang lebih menyeronokkan daripada perlahan-lahan mengetatkan skru. Jadi, itulah pendekatan yang saya ambil dengan filem ini." (Stewart, 2013).

4) Senaraikan 7 jenis shot asas yang digunakan dalam filem ini. Sila freeze screen dan senaraikan gambar mengikut shot berserta keterangan.
ini adalah close-up atau extreme close-up shot, untuk menunjukkan expresi muka dengan lebih kuat.

Medium close-up - "Close-up" pada satu atau dua subjek. Subjek dirakam sehingga paras bahu atau dada hingga kepala

Medium shot - Subjek dirakam dari jarak yang boleh menampakkan bahagian sekitar pinggang ke atas. Posisi kamera boleh merakamkan keadaan di sekitar subjek.

Shot/reverse-angle shot - Shot ini biasanya digunakan dalam penyampaian dialog antara dua individu yang mana dua subjek (yang saling berinteraksi) dirakam dalam satu masa.

Medium long shot - Subjek dirakam dalam keadaan yang tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Seluruh tubuh subjek dirakam dalam shot ini.

Long shot - Subjek dirakam pada suatu sudut yang mana mereka dilihat bersama dengan keadaan sekeliling.

extreme long shot - dimana subjek kelihatan kecil saja dan memaparkan background dengan lebih luas

5) Sila kritik gaya penyuntingan yang digunakan dalam The Dark Skies. Gaya penyuntingan dalam filem ini dilakukan dengan mengggunakan pelbagai jenis gaya penyuntingan. Salah satu daripadanya ialah chronological editing yang mana ditampilkan pada penghujung filem sewaktu watak ibu cuba mengaitkan peristiwa yang pernah dialami oleh anak lelaki pertamanya. Gaya penyuntingan ini dapat membantu penonton untuk memahami punca kehilangan anaknya itu. Selain itu, terdapat juga penggunaan teknik green screen untuk beberapa babak di dalam filem ini untuk menjadikan filem ini lebih menarik.

Sunday, March 23, 2014

The Sixth Sense

1. M. Night Shyamalan, "mastermind" bagi filem "The Sixth Sense", merupakan pengarah, penulis skrip dan pelakon untuk filem ini. Walaupun filem ini, dia juga adalah pengarah dan penerbit untuk banyak lagi filem yang terkenal, seperti "Praying With Anger" (1992), "Unbreakable" (2000), "The Village" (2004 "," The Last Airbender "(2010) dan yang terbaru "After Earth" (2013). Beliau adalah seorang penulis skrip India, pengarah dan penerbit terkenal dengan plot ghaib dan kebanyakannya lokasi penggambarannya diadakan di sekitar Philadelphia, di mana dia dibesarkan.



"The Sixth Sense" telah dicalonkan untuk enam Anugerah Akademi termasuk Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik.



2. Cerita ini bermula dengan watak utama Malcom Crowe,pakai psikologi kanak-kanak, dikunjungi oleh bekas pesakit beliau iaitu Vincent pada satu malam. Malam itu berakhir dengan tragedi. Hidup Malcom berubah dengan mendadak sejak peristiwa berdarah itu. Scene dipercepatkan ke waktu musim luruh seterusnya selepas kejadian itu dan di sinilah Malcolm bertemu dengan seorang kanak-kanak bernama Cole Sear (dilakonkan oleh Haley Joel Osment) dan cuba untuk merawatnya. Pada pengakhiran filem ini dapat dilihat bahawa Malcolm berjaya membantu Cole namun dia akhirnya sedar bahawa dia sebenarnya telah mati ketika ditembak pada permulaan cerita.



3. Filem The Sixth Sense ini tidak menonjolkan aksi-aksi seram dan mengerikan sebagaimana filem hantu lain. Filem ini menonjolkan kemampuan seorang kanak-kanak yang boleh berinteraksi dengan roh daripada alam yang berbeza. Interaksi antara kanak-kanak dan roh tersebut menunjukkan kewujudan makhluk lain yang memerlukan bantuan daripada manusia biasa untuk merealisasikan kehendak mereka. Dalam masa yang sama, rawatan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut bersama seorang pakar psikologi kanak-kanak sebenarnya mempunyai motif tersendiri. Rahsia tentang identiti sebenar pakar psikologi dan motif pertemuannya dengan kanak-kanak tersebut hanya dikupas di penghujung cerita.

Babak-babak yang menemukan kanak-kanak itu dengan roh-roh disampaikan dengan cara berbeza. Roh-roh tidak ditonjolkan dalam bentuk hantu yang menakutkan. Bahkan, roh-roh dipersembahkan dengan jelmaan manusia biasa yang mempunyai kecederaan sama seperti sewaktu kematian mereka. Roh tersebut berinteraksi secara baik dengan kanak-kanak itu untuk meminta pertolongan dan ada yang hanya mahu menceritkan kisah mereka.



4. Watak utama filem ini dimainkan oleh Bruce Willis sebagai Dr. Malcolm Crowe yang merupakan psikologist kanak-kanak. Dia yang gagal mengubati Donnie Wahlberg sebagai Vincent Grey pada masa lalu cuba untuk membantu Haley Joel Osment sebagai Cole Sear bagi menebus kesalahannya itu kerana simptom penyakit mereka mempunyai persamaan. Plot dalam filem bergantung penuh kepada kepada kedua-dua watak ini, Malcolm dan Cole bagi memberitahu penonton tentang perasaan takut yang dialami oleh Cole dan kesungguhan Malcolm untuk membantu mengatasi masalahnya. Di samping itu, mereka juga perlu memperbaiki hubungan Cole antara ibu-anak serta Malcom antara suami-isteri.

5. Pada pendapat saya, apabila adanya konsep 'plot twist' ini, ia telah memberi satu maksud kepada penonton bahawa filem ini bukanlah dihasilkan begitu sahaja namun ada disebalik tentang mengapa doktor psikolgi merasakan dia harus membantu kanak-kanak tersebut. Dengan adanya konsep 'plot twist' filem ini dapat mengejutkan penonton yang kemungkinan mengagak bahawa Malcolm hidup meskipun ditembak namun sebenarnya dia telah mati. Untuk menghasilkan sebuat filem yang menerapkan konsep 'plot twist' bukanlah mudah namun ia dapat menarik minat penonton untuk menontonnya berulang kali. Sejujurnya, saya pun tidak dapat menyangkakan penamat filem ini seperti itu. Apa yang dapat saya katakan bagi filem ini, The Sixth Sense adalah salah sebuah filem yang menarik dan saya sentiasa ternanti-nanti apakah kesudahannya.

DJ week 2

Pada minggu ini, kami diajar tentang Cyclical Production Model (Marcus Gillezeau, 2004) yang merupakan elemen penting di dalam proses produksi. Kami juga disarankan merancang jalan kerja produksi kami mengikut model produksi ini. Selepas itu, kami dipertontonkan dengan filem aksi yang berjudul Kill Bill Vol. 1. Pada minggu ini, kami telah dibahagikan mengikut kumpulan produksi dan saya telah memilih untuk menyertai kumpulan filem pendek.

Pada minggu ini, saya tidak dapat menyertai production meeting disebabkan saya terpaksa mengikuti lawatan tapak di Terengganu selama sepuluh hari. Saya harap selepas ini saya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada produksi pula supaya dapat menghasilkan filem pendek yang berkualiti. Sekian.

Sunday, March 16, 2014

Kill Bill - Here Comes The Bride

Delivered with such high panache and brio, it's mesmerizing - Washington Post

Dalam filem ini, ia mengisahkan tentang Uma Thurman yang menjadi watak utama iaitu sebagai Ninja Assasin, yang dikenali sebagai The Bride atau sebagai The Black Mamba, yang dianiaya oleh bosnya, Bill. Bill telah membunuh bakal suaminya dan kesemua rakan-rakannya di hari perkahwinannya sendiri. Tetapi ajaibnya, si pengantin boleh terselamat. Kill Bill adalah kisah dendam beliau, dan usaha untuk mencari keadilan.

Semasa Uma sedang terlantar koma di hospital. Elle (Darryl Hannah), satu lagi ahli Viper Assassination Squad, menyelinap ke dalam hospital dan berpakaian seperti jururawat. Misi Elle adalah untuk menyuntik Thurman dengan racun - dan tiba-tiba telefonnya berbunyi. Bill menyuruh Elle untuk membatalkan rancangan untuk membunuh Uma.

Selepas 4 tahun berada dalam koma, seekor nyamuk telah menggigit beliau dan membuatkan beliau tersedar. Dan dari melihat daripada tapak tangannya sahaja, beliau dapat tahu bahawa beliau telah koma selama 4 tahun.

Sebaik sahaja badannya pulih seperti sediakala, dia terus pegi ke Jepun untuk memburu salah satu ahli Viper Assassination Club iaitu O-ren Ishii (lakonan Lucy Liu). Tetapi sebelum itu, beliau pegi berjumpa dengan seorang pakai pembuat pedang katana di Okinawa. Pedang yang diberi nama Hanzo itu dikatakan antara pedang yang terhebat didunia.

Revenge is never a straight line. It's a forest. Like a forest, it's easy to lose your way, to get lost, to forget where you came in," said Hattori Hanzo.


Dengan adanya pedang tersebut, Uma berjaya mengalahkan O-ren Ishii dan ahli kumpulannya yang dikenali sebagai crazy 88 dan pada masa yang sama, beliau telah mencederakan Sofie (lakonan Julie Dreyfus)tetapi tidak membunuhnya supaya Sofie dapat menyampaikan mesej yang cuba disampaikan oleh Uma. Dari sini, kita boleh mengagak bahawa akan adanya sekuel untuk filem ini.

Tarantino’s story is simple but powerful, and his direction is, well, spotless (Dan Geddes 2004). Saya juga berpendapat begitu. Jalan ceritanya menarik dan saya selalu ternanti nanti apa yang akan berlaku seterusnya. Keganasan di dalam filem ini agak extreme, tetapi tidak keterlaluan mahupun tipikal seperti filem-filem aksi lain.

Sumber rujukan;
Bradshaw, Peter, 2003, Url=http://www.theguardian.com/film/2003/oct/10/quentintarantino
Geddes, Dan, 2004, Url=http://www.thesatirist.com/films/Killbill.html
Ebert, Roger, 2003, Url=http://www.rogerebert.com/reviews/kill-bill-volume-1-2003

Saturday, March 15, 2014

Forrest Gump review - Seperti di alam mimpi

'Forrest Gump' adalah kisah menyentuh hati seorang lelaki dari Alabama yang mempunyai IQ yang rendah, tetapi masih boleh muncul di dalam setiap acara utama di Amerika dari tahun 1950-an 1980-an, dari Perang Vietnam untuk menjadi diantara orang yang pertama melabur di dalam syarikat Apple.

Forrest memulakan kisahnya di Deep South. Ibunya, dimainkan oleh Sally Fields, melakukan apa saja yang dia mampu untuk memberi anaknya kehidupan yang lebih baik. Sekolah asal Forrest ingin meletakkan Forrest di dalam sekolah khas, jadi ibu Forrest terpaksa melakukan apa saja yang dia perlu untuk memastikan anaknya kekal di dalam sekolah awam.

Hanya seorang wanita yang melayan Forrest dengan penuh hormat, iaitu kekasih zaman kanak-kanaknya, Jenny (Robin Wright). Daripada salah satu adegan utama dalam filem benar-benar membolehkan kita tahu bagaimana hanya Forrest melihat perkara, apabila dia sudah dewasa dia berkata bahawa "bapa Jenny adalah seorang yang benar-benar penyayang. Dia selalu memeluk, mencium, dan menyentuh dia dan adik-adiknya. "Forrest terpikat dengan Jenny, tetapi tidak boleh mendapatkannya. Walaupun Jenny orang yang paling disukai oleh Forrest, Jenny sentiasa meninggalkan dia. Namun Forrest tidak ada apa-apa di dunia ini selain cinta beliau terhadap Jenny.

Menonton Forrest menjalani hidupnya adalah seperti dalam mimpi. Bagaimana seseorang itu boleh gembira sebegitu, dan sangat bertuah sepanjang seluruh hidup mereka? Forrest seolah-olah sentiasa berada di tempat yang betul pada masa yang betul, tetapi sekali lagi, ia muncul disebabkan oleh pandangan cerah beliau ke atas kehidupan.

sumber rujukan; http://www.rogerebert.com/reviews/forrest-gump-1994

Tuesday, March 4, 2014

Director's Journal - Week 1

Saya telah mendaftarkan diri saya untuk kelas Seni Pengarahan Filem bagi subjek Elektif Luar Fakulti ataupun lebih dikenali sebagai EL. Punca utama saya mendaftar ke kelas ini pun kerana senior saya yang dikenali sebagai Loma yang mencadangkannya di samping minat saya terhadap fotografi dan videografi.

Pada mulanya, saya sangkakan bahawa kelas ini hanya semudah ABC. Selepas dua kali hadir ke kelas ini, baru saya sedar, untuk menjadi pengarah bukanlah suatu kerja yang mudah. Untuk menjadi seorang pengarah filem, ia memerlukan asas yang kuat serta kreativiti untuk memastikan hasil kerja yang tidak bosan ataupun hambar.

Pada minggu pertama, kami diberitahu bahawa para pelajar akan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan "short film", "public service announcement" atau lebih dikenali sebagai PSA dan "advertisement" iaitu pengiklanan.

Walaupun saya masih kurang jelas tentang subjek ini, itu tidak akan menjadi halangan kepada saya untuk terus belajar di Jabatan Media ini, disamping saya berasa amat teruja berkerja bersama rakan-rakan sekelas yang sangat energetik dan dibantu oleh lecturer yang bersemangat (Dr.Mohd Azalanshah). .

Sunday, January 5, 2014

2014 ! tahun kedua di Universiti Malaya

Assalamualaikum and goodday chaps. Harini 5/1/14. Btw aku tengah exam week ni. Sekarang aku dah sem 3 kat sini, nak abis dah pun. Banyak betul benda yang aku dah lalui. dan ia buat aku berfikir sejenak.. "apa je benda yang signifikan yang aku dah buat tahun lepas?" Benda tu buat aku berfikir panjang. Selain daripada aku dapat masuk UM?

Tahun lepas adalah tahun yang bermakna, aku bersyukur kerana aku dapat jumpa kawan baru, ada kawan yang meninggalkan aku, and ada kawan biasa yang jadi sangat rapat dengan aku (you know who you are :)).

Hm bila fikir balik, ada benda2 yang berguna yang aku dah buat, seperti jadi perserta/committee for International Conference on Integrated Urban Planning. and aku dapat medal time SUKMUM haritu! gua main bowling. haha. Tapi bagi aku, tu tak cukup lagi. Tahun ni..aim aku adalah;

1)Memperkukuhkan soft skills aku
2)Buat strategic plans, apa target aku this year, next year, sampai lah aku grad
3)Improve my time management skills
4)Read more books
5)Belajar pasal business/money management

Amboi kemain kan? Bukan apa, aku nak buktikan yang tahun ni akan jadi lebih gempak dari tahun lepas, aku nak melangkah lebih jauh dari sebelum ni. Hopefully tahun ni berjalan dengan lancar, InsyaAllah.

So, aku rasa, ini sajalah update aku untuk masa ni. Thanks kerana sudi membaca. Assalamualaikum.
Btw, Selamat Tahun Baru!